Apa
Itu Teknologi Maklumat?
Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering
digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran,
telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah
perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi
elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan
dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada
pengguna secara elektronik.
Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang
melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian
ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan
data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau
aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi
tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian
aplikasi.
Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu
tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital.
Bagaimanapun, data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem
sebelum komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah
Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network
Interface Card).
No comments:
Post a Comment